Thursday 18 October 2012

Aktiviti Selepas PMR 2012

Assalamualaikum ,

Berakhir detik-detik yg menakutkan bg pelajar-pelajar tingkatan 3 di SMK Selayang Bharu selepas mengkahiri PMR pada 16 Oktober 2012 . Ada segelintitr yg cemas , resah dan takut untuk menduduki PMR . Tetapi walauapapun , PMR pd tahun ini sudahpun tamat . Sepanjang PMR berlangsung , terdapat beberapa kelas yg dicutikan . Manakala pelajar tingkatan 4 menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun . Blok-blok yg digunakan untuk pelajar PMR di kosongkan , meja dan kerusi disusun atur dgn kemas dan rapi seminggu sebelum PMR berlangsung . Pada hari Isnin , pelajar PMR direhatkan seketika sebelum menduduki PMR pada 9 Oktober 2012 yg jatuhnya pada hari Selasa .

Selesai sahaja PMR pd hari Rabu , satu program telah diadakan di Dewan Mutiara Budi . Pelajar-pelajar tingkatan 3 diberikan taklimat tentang Kolej Vokasional Shah Alam . Selepas rehat pula diadakan pendaftaran bg mereka yg ingin menyertai pertandingan-pertandingan yg dianjurkan oleh sekolah . Antaranya , futsal lelaki/perempuan , badminton perseorangan/beregu , congkak , batu seremban dan pelbagai lagi aktiviti yg menarik .

Kemudian , satu program Pengenalan AddMath juga diadakan . Guru yg terlibat ialah guru tuisyen dari Pusat Tuisyen Alam Anggerik . Pelajar-pelajar diajarkan cara menyelesaikan beberapa soalan yg berkaitan dgn salah satu bab dalam Mathematics tingkatan 3 . Pelajar mula mengetahui cara-caranya menyelesaikan soalan tersebut kerana soalan itu tidaklah rumit dan memeningkan .

Pada hari Khamis dan Jumaat , pemulangan buku teks telah diadakan untuk tingkatan 1 , 2 dan 3 . Pada minggu hadapan , bermula sesi pertandingan yg disertai oleh sebahagian pelajar tingkatan 3 . Pelajar yg terlibat hendaklah memakai baju sukan yg bersesuaian . Walaupun sudah tiada lagi PnP , pelajar harus mengikuti peraturan sekolah .

Sekian .

No comments:

Post a Comment