Wednesday, 9 May 2012

Perihal Kelas Rancangan Khas SMKSB

Pada tahun 2010, SMK Selayang Bharu telah dibenarkan untuk membuka Kelas Rancangan Khas. Dengan jumlah permulaan pelajar seramai 15 orang, projek ini diteruskan. Kini, terdapat 3 kelas KRK iaitu 1 kelas bagi setiap tingkatan. kelas 3 KRK seramai 16 orang, 2 KRK seramai 19 orang dan 1 KRK seramai 14 orang. Bilangan pelajar yang sedikit memungkinkan tumpuan yang baik diberikan tenaga pengajar. Semua pelajar KRK ditempatkan di sesi pagi dan kelas pelajar KRK ditempatkan di bangunan yang terasing dari pelajar menengah tinggi yang lain. selain itu, kelas tersebut juga berada sebaris dengan pusat sumber sekolah supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif, selamat dan mudah mendapatkan sumber.  Tahun 2012 merupakan tahun pertama SMK Selayang Bharu mencatat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah untuk Pelajar KRK.


Monday, 7 May 2012

About us



VISI

SMK Selayang Bharu Menjadi Sekolah Harian yang Disegani di Daerah Gombak Menjelang 2015

MISI

Membangunkan potensi individu dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah melalui pendidikan berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara


CARTA ORGANISASI KRK SMK SELAYANG BHARU


PENGERUSI

Pn. Arfah binti Abd Rahman
(Pengetua)

NAIB PENGERUSI

Pn. Noordiah binti Harun 
(Pen. Kanan I)

PENYELARAS

Pn. Susillea binti Saharan

AJK

Guru Kelas Kelas Rancangan Khas
Guru Mata Pelajaran Kelas Rancangan Khas